Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 9, 2015

Cucur nasi ikan bilis

 cucur nasi yang kak rose buat tiga hari lepas.... jenis apa pun, cucur aka cekodok memang tetap jadi pebret kak rose... bila ada lebihan nasik mula la terpikir nak buat cekodok pulak...mekasih pada yati dan cmg yang kongsikan resepi mudah dan sedap nih... cucur yang crispy diluar dan lembut didalam.... walaupun dah sejuk ianya tetap lembut, boleh makan berulang2 dan tak rugi membuatnya.... so kalau ada nasi lebih2 tu, jangan lah membazir... boleh buat cucur ni untuk kudapan petang2..

kak rose tepek resepinya kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus (kak rose tambah lada hijau jugak)
Daun sup/daun bawang, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nak cuba lah pulak kak rose... sebelum ni buat lempeng nasi ajer :)

Kak Rose said...

sila sila Yati.... peminat cekodok pasti suka.