Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 20, 2015

Potato wedges

 buat potato wedges masa makan dengan ayam panggang sedap tu... kalau makan cenggitu jer pun sedap dah....buat banyak2 untuk snek petang cicah dengan sos cili n mayonis sambil gebang2 lagi la sedapkan...ishhhh!!!! pasal makan semuanya nak yang sedap saja, tapi bila tang nak berexercises tu yang asik ade jer alasannya....kena paksa diri untuk berbrisk walk pepagi hari!

resepinya kak rose kopi dari sini, mekasih ya kongsikan...

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok (aku pakai jugak kuning telur, Malas nak asing2)
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
Cara-cara
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang. (Aku gaulkan je dalam bekas besar)
Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

aduh kakrose, ini boleh mendatangkan marah ni hahaha wedgesss fav anak2 dan mak anak2 ni huaaaaaa

Kak Rose said...

sabo je la Noor... kak rose pun nak marah pada diri sendiri abb makan tak leh berenti!