Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 25, 2013

Ubi getuk

 salam dan selamat pagi semua.... pagi2 dah ngadap komputer je la kejanya. sllu kalau pagi cenggini kak rose mmg g briskwalk, tp sejak jerebu melanda x dapatlah nak berjimba2 kat luar tu..... dan pagi ni API kat shah alam ni dah jadi 281- very unhealthy dah jadinya.... semakin hari semakin getting worst pulak. bila la nak sudahnya, berdoalah semuga ada hujan turun dan cuaca akan kembali normal dan bolehla kak rose g berbriskwalk lagi kan...

apa pun ubi getuk love love ni kak rose buat untuk minum petang semalam, ada jiran bagi ubi, mula tu nak buat bebola ubi goreng dan makan dengan sambal kicap tapi kemalasan melanda la pulak, jadi makan cam tu jer la... sedap je kat tekak kak rose ni... ubi ni sekarang bukan makanan orang kampung jer, kat hotel pun derang ada serve ubi rebus untuk bekpes macam masa kak rose makan kat hotel Primula ari tu. ubi yg dulu cuma makanan orang kampung cam kak rose ni sekarang dah naik taraf dan harga pun dah mahal kan...

resepi ni kak rose cnp dari CMG, tapi mat punya sangtalah cantik dan makan dengan ikan masin goreng kat sini, tp pada kak rose makan cam tu je pun dah cukup sedap! pada sapa2 yang x de idea nak sarapan apa, boleh la mencuba ubi getuk ni. kalau rajin boleh jer buat bebola ubi  goreng cam ni, lagi la ummmppphhh bila dapat cicah dengan sambal kicap!

BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya
Kelapa parut putih, guna kelapa berkulit basah@ muda sedikit
Sedikit gula halus (optional)

BAHAN SAMPINGAN :-)
Ikan masin, pilihan anda
Sambal tumis, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ubi dibuang kulitnya, cuci bersih dan kerat kecil, letak dalam periuk bersama air dan garam secukup rasa (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja sudah cukup). Rebus hingga empuk. Toskan.
  2. Letak dalam bekas bersama kelapa parut dan sedikit gula, tumbuk ubi tadi bersama anak lesung batu hingga hancur dan bersatu sama bahan2 lain. Bila sudah bersatu, masukkan dalam loyang dan tekan padat. Biar sekejap dan boleh dipotong.
  3. Kalau nak goreng, anda boleh bulat2kan adunan tadi, nak sama bulat guna scoop ais cream saiz sederhana. Selamat mencuba untuk semua...

3 comments:

D Yatie said...

Traditional way is super delicious. ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

haaa.. hari tu sy gi kursus kat hotel pun ada ubi getuk, tapi dia salut tepung n goreng, krup krap krup krap, rangup di luar gebus di dalam.. hehe

ساريده سنين said...

Assalamualaikum...
nak tanya...kalau ubi keledek boleh tak buat getuk...?