Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 16, 2013

Bubur ayam

 bubur ayam ala mcd atau bubur nasi chinese style... requested by orang yang tengah sakit molot... soh minum air masak banyak2 x nak, pas tu nak makan pun payah... so kenalah masak menu yang lembut2 jer... tp dengan ikan bilis, sambal tumbuk ikan bilis n kacang goreng segala, elok je la pulak makan tu.... adoyaiiiii....

reaepi dari Myr oleh che'iza, pernah buat jugak tp main taram je, kali ni ikut resepi ni lak. mekasih, sharekan resepi ya.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah (kak rose x dak!)
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (x de)
  • telur masin (x de)
  • sambal ikan bilis tumbuk, bawang goreng (yg ni kak rose tambah)

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....

5 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

layan bubur ayam petang2 ni best jugak kan..sedap dan selera makan time tengah lapar ni..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ikut selera tu kak rose... bubur tu bagi sini, biar Nabil mkn ehe :D

Norzila Zakaria said...

sedapnya kakak..musim x tentu gini zila suka makan bubur..umah zila ada sambal tumis tempe ni..bak sikit la kak leh mkn dgn bubur ni..

Norzila Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
cplud miera said...

assalam. sedapnya kak. base bubur ni kalau masak untuk baby boleh jugak kan?