Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 18, 2013

Mee udang emergency!

 mee udang emergency.... pelik je nama dia kan.... sebenarnya, bila rasa  kemaruk sungguh nak makan, kenalah buat jugak, biarpun bahan x cukup... kita ejas dia la kan...actually bahan untuk kuah tu mmg semua ada cuma untuk garnishing tu, telo pun malas nak rebus! tp tetap umph ditekak kak rose yg mmg kemaruk nak makan mee udang ni. dasat sungguh kan, ngalahkan orang mengidam! mekasih ros jintanmanis yang kongsi resepi ni.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna spagetti angel hair)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( gantikan dengan sawi)
2 biji telur rebus (x letak...)
bawang goreng
Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose terus je masuk udang dalam kuah... nak cepat jer!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

6 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam kak sdp npk tu..mujur minggu lepas dah buat mee udang..kalau tidak kempunan sy hee

Bbwana adienia said...

salam kak..

mee udang tu nampak sedap..tang udang tu yang menyerlah dan menyelerakan..hihi..

Kak Rose said...

sheila, emergency punya pun sedap gak... sendiri buat sendiri makan mmg lah sedap kan..

Kak Rose said...

Bbwana, x de udang beso, guna jer mana yg ada... asalkan boleh golek dalam mangkuk tu kira ok la kan.

zana fahmi said...

Kak Rose, kakpb main belasah je kalau bahan tak cukup. Janji ada seakan2 rupanya, ok dah.
Ni tengah plan nak masak mi juga, sygnya yg ada laksa je kat rumah.

Kak Rose said...

zana, betul tu. kita yg buat dia kan... asalkan rasa ttp umphhh gitu!