Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 17, 2013

Dessert untuk orang sakit

 dessert buat petang semalam... semuanya nak yang lembek2 jer. maklumlah kat rumah ni ada orang yang sedang melayan sakit molot...pecah2 kat bibir n lelangit, so x leh nak makan yng pejal2... dessert cenggini mmg pebret n sesuai la untuk yang sedang sakit mulot tu... tp petang tu dah ok sangat2, x g doctor pun cuma gargle dengan listerine, mmg pedih la masa tu tp sangat berkesan.

tenghari cuma makan bubur nasi ayam dan petang pulak makan dessert sagu gula melaka ni. esok dah boleh la back to normal makan2... resepi sagu gula melaka dari rossitamz. mekasih ya. nnti bulan posa mesti buat lagi dessert ni untuk iftar pulak.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan  
Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

3 comments:

Gee® said...

Nyum..nyum..!! bestnyaa....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

Bbwana adienia said...

salam kak..

tengok dessert tu..orang yang x sakit pun terliur jugak nak makan..hihi..