Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 14, 2013

Jemput2 nasi ikan bilis

 jemput minum dengan jemput2... lain beno kalau sebut jemput2 ni, sllu kak rose sebut cekodok jer... x kiralah apa pun isinya ttp jugak kak rose panggil cekodok.  tp nak ajak pun dah tinggal bekas jer sbb buat ni untuk minum aka dinner kak rose petang semalam dah...so udah abes la... kak rose buat separuh adunan tp bila makan x leh berenti lak... so sekali ngadap je dah abes!

resepi dari dapur MaDiHa dan tuan resepi asal Yatie, mekasih ya dan nak kongsikan kat sini lak....

Sumber : Yatie

 Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar*
  • 2 biji bwg putih*
  • 1/2 cwn ikan bilis*
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  • ** yang ni kak rose blend kasar2, suka ada rasa ikan bilis n bawang tu...
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.

4 comments:

nor laila said...

i follow u...follow me back....

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak rose...
sori lama (1 minggu gak) tak singgah sini... cucur bilis ni mmg sedap.. kalau buat banyak2 hari cuti.. jap je abis.. anak2 dok angkut... hmmm esok project masuk dapor.. nak wat karipap kat anak teruna yg dah balik kl last week..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap kak rose lama dah tak buat... nak buat pulak nanti :D

cikmanggis said...

Ada nasi sejuk kt dapur tu boleh lah buat cekodok nasi ni.pernah buat sekali dulu tp tiada resipi main taram je hehe.Nnt nk buat ikut resipi ni la