Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 18, 2013

Tauhu singapura

 tauhu singapura di shah alam.... menu pebret untuk lunch semalam. kebetulan singgah kedai ada pulak tauhu lembut ni, mmg sedap sangat kalau buat goreng dan makan dengan kuah kacang camni.  2 ketul beso2 pun rasa x cukup kenyang lagi.... dan tauhu lembut ni mmg beso2 saiz dia, kiranya puas lah dapat makan - meratah without nasik.
 masih guna resepi dari CMG, kak rose kongsikan kat sini lagi ya..

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi* (kak rose buh 2 biji je... pun dah podeh sampai berasap tinger!)
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak) (kak rose x letak ni sbb x makan!, tp ttp sedap!)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat (kak rose guna kicap manis jer...)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus (x de stok la pulok!)
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)
kak rose tambah carrot yg dipotong halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok.

4 comments:

HALAMANKU said...

Salam Kak Rose.. wah sedapnyer.. selain singapore johorpun mkn tahu sumbat neh ngan kuah kacang.. erma duk bangi memang jarang jumpa selalu mkn ngan sos aka kuah popia tuh.. sedapnyer kak terliur dibuatnyer..

Liza said...

salam kak rose, liza ni kan kalau tauhu masak apa2 pun mmg suka, nak2 lg ada kuah kacang cmni....perghhhh

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
kak rose... ini tidak adil tidak adil bagi ku.. (lagu yuna).. hahahaha
sedapnya kak.. nani pun suka.. kalau kat area kampung nani, sumbat tauhu tu kat tengah2 ngan sayor2 yg kak rose letak kat atas tu.. then makan dengan kuah kacang.. sedappppnyaa..

Nooriah Abdullah said...

lama nya tak makan tauhu yg macam ni meratah mmg sodap ni kan Rose..