Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 20, 2013

Kuetiew tomyam

 salam dan selamat petang.... dah petang barulah dapat menjenguk dapo maya kesayangan ni... sepanjang hari entah le apa dibuat, tp yang penting masa terisi dengan menda2 yang sangat berpekdah untuk diri sendiri dan orang2 yang tersayang.... x la terbuang masa yang sangat berharga tu kan.. masak jugak kerja berpekdah ya dak? ni kes x leh nampak menu kat dapur sifu masak2, mesti teringin nak makan... semalam masa meronda2 kat blog Dari Dapur Kak Yah, ternampak resepi ni, so ari ni berusaha cari bahan2 n masak untuk lunch... mekasih kongsi resepi dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak ya..


4 ulas bawang putih(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut(dibuang tulangnya)
4 biji cili padi(diketuk)
2 biji limau nipis(diambil jusnya)
1/2 sudu besar cuka
Bunga kobis
Carrot
Sawi(potong)
Tomato(dibelah 4)
Bawang besar(potong bulat)
Udang(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya) (kak rose x bubuh)
beberapa ketulan kecil isi ayam (guna isi dari 2 ketul peha)
Bebola ikan (x dak!)
Gula dan garam
Air secukupnya
Minyak
 
Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama cili padi   Biar naik bau kemudian masukkan serai dan daun limau purut.  Kemudian masukkan air secukupnya.
Bila mendidih masukkan isi  ayam dan udang.  Masukkan juga bebola ikan.
Masukkan cuka dan jus limau nipis.
Masukkan sayur-sayur dan bawang besar yang telah dipotong.
Masukkan gula dan garam.  Bila semuanya masak bolehlah diangkat

Sebungkus kuetiau
Basuh dengan air panas dan toskan.

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya kak rose... bak mai semangkuk ehe :p

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Iklankan barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

Sheila Shafeareen said...

sdp tu mmg fv keluarga kami...

Bbwana adienia said...

salam kak rose..

suka la dengan menu tu..kuetiaw tom yam gabungan yang sedap..

cik cek said...

Assalamualaikum...
Pekabo kak rose...lama tak singgah sini...tinggal jejak lagila tak de...harap kak rose sume sihat....
Emmm...bestnya kalau dapat makan semangkuk ni..:)