Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 3, 2013

Sadin puff

sadin puff yang sempoi untuk minum petang aka dinner sekali....boleh kan sbb tiada kerajinan nak masak nasi segala. jadilah dinner dengan puff ni jer. punya lah malas, amik gamba pun dalam loyang pembakar jer. tp jangan tenung lama2 loyang kak rose yg sangat cantik tu!

resepi puff ni dah banyak kali kak rose buat dari CMG tu, pada sapa2 yang nak mencuba kak rose cnpkan resepinya kat sini. mekasih ya Mat.

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 

 CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Rose..nak tumpang bekpes kat sini la yer :D

Norzila Zakaria said...

kak zila pun malas ni..nak mkn pg sini jgkla..