Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, February 20, 2013

Grilled salmon

 salam rabu semuanya.... lunch kak rose yg malas. grilled salmon konon tp tekak jawa ni nak gak makan dengan yang pedas2 gitu!. tu yang jadi grilled salmon makan dengan sayur bendi goreng dengan telo! bolehkan? kita yang nak makan, so buat jer apa yang rasa enak ditekak sendiri.

resepi salmon grilled ni kak rose cnp dari rumah e-na lovely kitchen. maklumlah x pernah buat pun ikan salmon ni. nasib baik cik google ade kan, boleh lah tolong camner nak masakkan ikan ni... mekasih ya e-na, izinkan kak rose tepek kat sini lak... resepi bendi goreng telor kat sini lak....

GRILLED SALMON
Bahan-bahannya :
  • Ikan Salmon'
  • air asam jawa
  • Serbuk Lada Hitam
  • garam
  • Oregano, basil, parsley (kak rose cuma ada oregano jer..)
  • Sedikit butter.
Cara Membuatnya :
  1. Ikan Salmon di cuci dengan air asam jawa. Kemudian bilas bersih dan toskan.
  2. Perap ikan selama lebih kurang 1 jam dengan garam, serbuk lada hitam dan herbs ( salah satu atau campur semua pun ok juga).
  3. Sapukan sedikit butter di atas ikan sebelum di bakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 220 degree (bergantung pada jenis oven masing masing) selama 25 minit atau sehingga masak. (kak rose bakar atas non-stick koli jer!)
 
dan .... tinggal kulit ikan jer. licin abes sumanya!

9 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Alhamdulillah.. berkat..

Sham x lalu sgt dgn suku sakat salmon.. ntah la..
Tapi kalau yg hijau tu.. makan pulak dengan nasi panas.. huhhhh.. tak sedar nasi dah bertambah-tambah..

Kak Rose said...

Sham, mmg kalau x betul2 cuci mmg ada rasa n bau fishy tu... cuci dgn air asam tu sangat membantu, x de dah bau fishy tu

tekak jawa ni pelik kan... salmon ngan bende!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam kak Ros .Peberet Ros ni..ikan salmon panggang ..anytime anyday...dengan kulitnya sekali..kalau boleh tulang pun nak telan.

FnF Simple Life said...

sedapnye... yg penting berkhasiat kan..

Kak Rose said...

Ros, ha ha kalah kucing dah kalau tulang pun nak dingap!

Kak Rose said...

FnF, dan perut pun kenyang...

Uncle Lee said...

Hi Kak Rose, love your this salmon dish. Looks really delicious.
Believe it or not, I am not really fond of salmon. When I go fishing and hook any, will give to friends. Firstly its too big and wife not keen cutting it up. Second...I'm not a fan of salmon. I will eat, but not go overboard for it.

Your this salmon looks very crispy, nice colour too. First time I see with bendi too.
Very nice, Kak Rose.
Have a niceday, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sodapnyaaa.. licinnnnn

nor laila said...

tak ada nasi ke makan tu...