Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 19, 2013

Apam balik

salam dan selamat petang pada kawan2 yang sudi jenguk kat sini... pagi hari ni, entah apa kemaruk nak makan apam balik ni... mungkin sbb lama dah x buat kot... last sekali buat pun dah dekat setahun, padan jugak terasa sangat nak makan.... ke mmg nafsu beso jer. so bila pagi ni x dapat nak g berbrisk walk disbbkan hujan, kak rose pun mulakan projek la...dapatlah bersarapan aka lunch dengan apam balik! kemaruk sangat kan?  masih guna resepi yang sama cam yg pernah buat dulu... dari ms oreo dari Myr, meh tengok resepinya....


bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

15 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Kak Ros..

Shukran jazilan ya habibti..
Yg ini wajib Sham try.
Sbb suka makan. Anak2 pun suka jugak.
Dah la kat sini takde jual kan.

P/s;
Tgk resepi.. macam boleh buat.. tu yg bersemangat ni.

Kak Rose said...

Shamsiah, mmg senang sangat. cuba lah, insyaallah menjadi nnti!

faa.rosli said...

wow sebijik pasar malam..memang sedap kalau ada jagung sekali

azieazah said...

Apam balik jagung lebey, satuuu...!

Fauziah Mohamad said...

kau menggoda
ku tergoda

hikhikhik
rasa nak pergi beli je apam balik

Rohah said...

cantk kejadian apam balik kak Rose..

Mas Zee said...

nampak menyelerakan apam balik....

Kak Rose said...

faa... ada tokoh nak jual kat pasar malam x?

azie, boleh! boleh saja!

fauziah, x usah bli... buat sendiri lg puas ati tau!

Rohah, ha ha hangus pun cantik gak kan?

Maz Zee, sbb x puas ati dgn yg bli, rajinkan diri buat sendiri... makan puas2!

nor laila said...

nak kena cari tempat nak bakar le dulu....

hamba abdi said...

slm kak ros, acuan apam balik nk cari kat mane?

ct,katakozie said...

Tidak perlu perap ke??

Anonymous said...

Salam kak rose, kalau guna tepung kek boleh x? Maksudnye xpayah guna soda & baking powder.

fazliana said...

gebu...cantik..nk try la buat pasni..tq sharing2=)

noorhapsahtahir said...

asalamualaikum.. baru ni jumpa apam balik yg dicari2. ada ronga2 yg cantik tu.. terima kasih berkongsi resepi. mesti cuba buat ni.

Nga Ho said...

Translate it to English please!~