Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 14, 2013

Buah melaka pancawarna

 salam hari khamis pada yang sudi datang kesini. dah masa untuk lunch tp kak rose nak tepek juadah minum petang semalam.... ada sikit kerajinan nak buat buah melaka yang kaler maler ni...tp jenuh la jugak berfree sauna muka kat dapor. maklumlah buat pun sorang2, mmg amik masa jugak nak menggentel buah melaka tu....kak rose guna 3/4 cup beras pulut flour for every color.... dapat about 12 biji for every kaler. banyak kan!

resepi buah melaka kaler maler ni kak rose dapat dari e-na lovely kitchen. mekasih ya e-na, sllu kalu buat tu mmg satu kala jer. that typical hijau tu la...nampak cantik kan kalau ada kaler maler cam ni...

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung pulut (kak rose guna 3/4 cup for every kaler n bancuh asing2)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
  • sehelai daun pandan
  • Pewarna hijau, kuning dan merah (kak rose tambah warna oren n biru)
  • 1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering (kak rose guna fresh kelapa)
  • sedikit garam

Cara memasak :
  1. Gula Melaka di potong kiub kecil.
  2. Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke dalam mangkuk.
  4. Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
  5. Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
  6. Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
  7. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
  8. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.
  9. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
  10. Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
  11. Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
  12. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

amboi kak rose.. rajin bebenor tu bancuh asing2 lain2 kaler.. meriah..

Fauziah Mohamad said...

over rajin nih...terliur laaaa

faa.rosli said...

alaa tomey-tomey buah melaka kak rose...sedapnyaa

Gee® said...

Memang cantek kaler maler tu kak rose... gerenti tambah2 selera makannya...

ibundo said...

very colorful rose. Dah macam pelangi pulak. But i miss the old version, original color.

NenetPenne (NP) said...

nice..ni balik2 kaler hijau... nak buat cemana kan..kaler hijau dah sinonim dgn kueh tu..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantek kak rose... rainbows colour kuih buah melaka ;-)

Marsita yahya said...

wow rajinnya mengaler:)

Kak Rose said...

Madiha, ada time rajin tu nak jugak buat yang meriah kalernya...

Kak Rose said...

Fauziah, mmg terover lak...

faa, nak buat yg tomei2 ni kena puas bersauna dulu kat dapo!

Gee, makan x hengat... tau2 dah abes sepiring!

ibundo, mmg yg typical ijo tu jugak yg asli kan..

NP, betul sangat tu... tp x salahkan sesekali tukar kaler... rasa ttp sama jugak!

Yati, yes, rainbow buah melaka.

Marsita, bila ada kerajinan... sllu tu belasah kale ijo tu jer.