Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 26, 2013

Teringinnya.... Ubi ungkep

 teringin sangat nak makan ubi ungkep ni.... kalau rebus jer pun sedap gak makan dengan sambal tumis atau cicah kelapa+gula. wallawei.... sedapnya. buat petang semalam dan sampai pagi ni masih sedap pada teakk kak rose, so bekpes pun dengan ubi ni lah.... ubi pun dah mahal dah la ni....nak dapat yang elok gebu tu pun payah. nasib baik masih empok walau pun x gebus gebas. cukuplah untuk melayang keinginan yang mengalahkan orang mengidam nih!

resepi ubi ni kak rose cnp dari rumah hana, tp rasanya ramai jugak yg pernah buat ubi ungkep ni...


Bahan-bahan
  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best.. (kak rose nyer terlebih suda....)
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

6 comments:

nor laila said...

as salam....singgah sini...sedapnya...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Perghhh sedap tengok ubi ungkep ni Kak Rose... boleh cuba lepas ni :D

nur easy said...

memang sedap ni.. makanan rutin kecik2 dulu

NenetPenne (NP) said...

tak dapat ubi kayu, kita ganti dgn ubi kentang..ubi jugak kan?? nak buatlah....

MizzTina said...

mmg dh lama xbuat ubi ungkep ni.. wuwuwu... terliur tgk

BUNDA a.k.a KN said...

BUNDA belum pernah masak ni ...rasanyer pernah makan...mmg sedap