Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 8, 2013

Seri muka

 salam jumaat penghulu hari yang mulia buat semua... pepagi gigihkan diri buat serimuka ni sbb nak pulang piring jiran. ingatkan nak pulang semalam lagi dengan isi kuih tiwul ayu yang kak rose buat semalam tu, tp kan kejadian kuih tu macam a bit dried up, so x jadi la. tu yang merajinkan diri buat kuih ni pulak. nasib baik menjadi dengan elok, so dapatlah kak rose memulangkan piring tu dengan kuih ni, dapat jugak bagi kat jiran sebelahnya... ya lah bila dah seloyang ni, x dapat lah nnti kak rose 2 beranak nak mengabeskannya ... ayah dah g outstation. resepinya kak rose cnp dari rumah hana, mekasih ya nduk. lama rasanya x buat kuih ni dan sekali lagi kak rose tepek resepinya kat sini..

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:

  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.  
  •  
  • Bahan-bahan
    Lapisan Atas
    :
    • 2 cawan santan pekat
    • 1 cawan jus pandan + warna hijau (kak rose kurangkan setengah)
    • 3/4 cawan gula
    • 3/4 cawan tepung gandum
    • 1/4 cawan tepung kastad
    • 1 biji telur (kak rose buh 2 biji telo gred C)
    • 1 sudu kecil garam
    Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

8 comments:

azieazah said...

Ni la kuih yang sangat sangat saya suka!

Saya nak berlatih la buat. Dah lama sangat saya tak buat.

dari dapur nasya said...

cantiknya k rose kue nie...terliur lak rasenye...saya kalau wat kue ni suka letak serbuk jintan ngan cinnamon sikit..kasi bau rempah..he..he...

Fauziah Mohamad said...

nak sangat kuih ni sebab feberet kat pulut3

Kak Rose said...

Azie, kak rose buat pun sambil tertakut2 x menjadi.... nasib baik je turn out ok...

Kak Rose said...

nasya, len kali boleh cuba lagi guna tips ni...mesti bau wangi jer kan

Kak Rose said...

fauziah, kalau febret tu mmg berbaloi2 kalau dapat buat sendiri kan..

inahar ali said...

salam kak rose..lamanye tak mamam kuih serimuka nih..feveret kita tuh!

Kak Rose said...

Dr Ina, cuti2 ni bolehlah buat projek menyerikan muka...buat sendiri mmg berbaloi2 kan.