Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 22, 2013

Angel hair goreng tomyam

 lunch semalam yang sempoi..... bila x makan nasi asik mereka reka apa yang boleh dingap during lunch... kebetulan bahan pun ada, buat jer yang rasa nak makan kan.... stok spagetti ni mmg sentiasa ada, tp nak masak nya tu yang malas....plannya nak buat laksa johor, tp ikan pun terus tersimpan kejung dalam freezer dan spagettinya dah jadi goreng tomyam pulak...

 resepi cilok dari rumah cmg or cm sekarang.... apa pun mmg sedap tp kena makan tang tang tu jugak lepas masak tu... masa masih panas2, mmg laju jer ngapnya. Mat, tq share resepi ni ya... kak rose cnp kat sini lak.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 gengga, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( lupa nak tabur daa....)Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (ada limau nipis jer, so x buh la)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

4 comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Rose..sesekali pekena pasta memang sedapppp..saya pun suka speggeti ngan rasanya yang kenyal2 itewwwwww

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Kak Rose,
Kombinasi merah hijau mmg menaikkan warna.. menaikkan selera jugak.

P/s;
Suka tgk udang yg dok posing atas juraian angel hair tu.. sgt seksi..

Mat Gebu said...

salam kak rose...serius macam nak buat ni esok.... tak bley tahannn >____<

nor laila said...

stok spagetti saya masih ada di dapur tu...habis pantang je nanti boleh masak ikut resepi ni..