Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, February 22, 2013

Kuih getas getas

 yes!!!! ni la pertama kalinya buat gula sira yang menjadi dengan eloknya....suker, suker.... (he he he puji diri sendiri lak!!!) dalam banyak kali cubaan x pernahnya nak berjaya hinggakan pernah buat kuih ni n kuih keria kak rose tabur jer gula halus atas dia.... desparate sangat kan? tp kali ni sangatlah happy nya kerana tutorial dan tips dari dapur Gee, siap pasang timer depan dapur untuk dapat sira gula yang exact macam Gee buat tu.... sangat puas hati la kiranya! tq sangat2 Gee... so, sapa nak blaja g la tengok kat rumah Gee yg kak rose bagi link tu....

 Gee, akk rose mintak iziin nak cnp resepi n tutorial buat sira tu jugak ya...

KUIH GETAS-GETAS
Resipi : Bdaria

Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada ia berbentuk lonjong atau leper. Mak saya akan canai atas dulang dan kemudian potong segiempat. pastikan anda sapukan sedikit minyak ditangan anda apabila hendak memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula kuih
Bahan-bahannya:-
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.

7 comments:

Ayu sukatiakula said...

suka kuih ni.. kuih org kampung kan. mmg kalu terjumpa ada jual dimana2, banyak sy borong

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Kak Rose,

Seumur hidup, baru last two weeks saya rasa kuih ni. Memang sedap. Dalam sedar tak sedar, tangan elok je mencapai. Hilang segan kat kawan. Memang sedap..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..dulu2 saya suka kuih ni...almaklumlahhhhh manis....

azieazah said...

Pendapat saya, buat gula itu sira macam ni (utk keria dan donat) tidak susah pula. Mungkin sebab saya selalu tengok mak mertua dok buat, jadi kali pertama jer saya buat terus jadi. Nasib baik kot.

Kuih Getas ni, susah nak cari orang jual.

Gee® said...

Horay! dah berjaya buat yer... sedap kan...!!

Kak Rose said...

Ayu, kak rose pun suka.... cuma selama ni x reti nak buat gula sira tu....

Waalaikumsalam Sham. kalau kak rose pun pasti cam sham jugak... hilang malu sbb sangat suka makan kuih ni..

Sue, kalau manis sangat kak rose buangkan sket gula tu... tp masih ngap jugak la. maklumlah pebret!

Azie, kalau dah expert mmg x susah le... tp yg keras tangan cam kak rose ni paham2 je la...

Gee, mekasih sangat2.... dan ati manyak suke sbb dah berjaya!

nor laila said...

baru saya ingat kuih lama ni...tapi dulu tak tahu namanya...kalau ada kenduri-kendara baru merasa makan kuih ni...