Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 7, 2013

Tiwul Ayu cekelat

tiwul ayu, sepupu sepapat kepada puteri ayu, cumanya yang ni ada serbuk koko dalam adunan tu. itu sebab kot namanya dah jadi tiwul ni.... tidak lah kak rose pasti. yang biasa buat ialah putri ayu yg kaler hijau tu. tp nak pulak mencuba resepi ni...tp tah dimana silapnya kejadiannya a bit dried-up pada kak rose walaupun rasa ok jer...... dan tambahan pulak kak rose gunakan kelapa kering yang digaulkan dengan sedikit air+garam. x puas ati sungguh lah! len kali kena guna fresh kelapa lagi ngam kan....


resepinya kak rose amik dari Myr oleh kak fida. terima kasih kongsikan resepi dan mintak izin nak sharekan kat sini lak...

 Bahan-bahan ( 26-30 biji )
  • 160 g tepung naik sendiri
  • 3 sk serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 120 g gula halus
  • 3/4 sk ovalette
  • 80 ml susu segar
  • **100 g kelapa parut digaul dgn sedikit garam dan 1 sk tepung jagung
  • Secukup acuan tiwul ayu disapu sedikit minyak masak

 

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Di dlm mangkuk mixer,pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan ovalette dan terus pukul sambil dimasukkan susu dan pukul terus hingga putih.Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan dgn spatula atau senduk hingga rata.
  3. Ambil sedikit campuran **kelapa parut dan bubuh ke dlm acuan dan tekan hingga padat.Sudukan 1 sb adunan ke dlm acuan.
  4. Kukus selama 10 min di dlm kukusan yg telah dipanaskan dahulu.

3 comments:

Asyifa Mustaffa said...

tiwul kak...? X penah dgr dan x penah jumpa word tu....tp guna tpung naik sendiri kan...lain mcm plak yg ni tgknya.....klau orng x tau ni...msti ingt puteri ayu ni....

INA said...

salam perkenalan kak Rose..festime dgr nama kuih nie..nampak gebu jer.

azieazah said...

Tiwul tu dari bahasa Jawa kah?

Tapi kuih Puteri Ayu saya sangat suka!