Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 5, 2010

Sardine roll

Salam suma.... dah minum petang ke.... jemput minum dengan sardin roll ni.... panas2 lagi, baru keluar oben.... actually beli sadin ni masa x de keta ari tu.... payah nak g paso, jadi bli sadin buat stok... manalah tau kehabisan lauk dan keta pulak x de kan ke naya tak de apa nak masak.... tapi x masak pun sadin tu.... jadi ari ni kak rose buat sadin roll ni.... resepi amik dari MyResipi oleh noorsha.... dan juga dari rumah hana tu.... kak rose kopi resepinyer ya.... dan tima kasih bebanyak pada anda berdua kerana kongsi resepi ni....


Bahan-bahan
  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • hana tambah gula - 2 sudu kecil
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin- hana gune tuna
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (bleh tambah kalau nak pedas)- hana gune cili kisar
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Untuk Pastri
  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
  7. Untuk Inti
  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  13. Tumis hingga betul² garing.
  14. Cara menyediakan Sardine Roll
  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  18. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

tapi kak rose nyer x cantik macam dia orang yang propesnel tu.... tengoklah tu... ada panjang pendek gumuk kurus suma ada...

inti sadin ada banyak berlebih.... jadi kak rose buatlah karipap ni dan frozenkan... nanti bila2 tinggal nak goreng je....

2 comments:

ain said...

rajinnya kak rose, sampai ada utk di frozenkan lg. sy ni berzmn dah plan nak buat karipap, tp tak terbuat2 gak.

Kak Rose said...

ain, ada lebih sadin tu yang buat karipap tu, kalu simpan dalam fridge alamatnya nanti cik tong lah yang dapat...