nasib baik dapat udang yang agak beso kat kedai tu... rm30/kg fresh n kasar2 udangnya... beli memang nak sangat untuk buat mee udang ni... ya lah kalau makan kat kedai, 2 ekor udang cam ni pun depa dah charge berbelas hengget kan...so kalau nak jimat, kena rajin la!
resepi mee udang kak rose copy dari blog Azie, mekasih ya. mohon izin nak kongsikan kat sini lak..
Mee Udang Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili
fish cake, yg ni kak rose tambah
Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur
Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah
hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan
cili kisar dan goreng hingga garing.
Sementara itu, ubi kentang direbus
sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk
terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
Masukkan air dan masak hingga mendidih
dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam
dan serbuk perasa.
Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.
2 comments:
menyelerakan sungguh mee udang tu kak rose
Aduh meleleh air liur tengok mee udang kak rose..
Kalau dekat macam kat shah alam tu hari..
dah hulur pinggan ni..
Nampaknya kena rajin juga macam kak rose :)
Post a Comment