Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 12, 2016

Kuih rengas

 sedap dinikmati bersama secawan teh o dipetang hari...

sejak pertama kali buat dan menjadi dengan jayanya, kali ni kak rose buat lagi kuih rengas ni... dan kak rose buat satu setengah kali ganda adunan ni... banyak dapat ni... makan masa hangat2 dengan teh o diwaktu petang memang sangat bestnya.... sebahagian lagi kak rose goreng separuh masak dan simpan frozen untuk next menu minum petang pulak... mudahkan kerja kan.

 bentukkan siap2 dan ready untuk digoreng...

resepi dari kak hanieliza, mekasih ya... sekali lagi kak rose kongsikan kat sini..

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng


 goreng separuh masak dan off to the freezer...

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan

No comments: