Salam hari isnin, dan selamat bercuti buat kawan2 yang berkerja... agaknya kalau suri rumah ni tak de dalam list bekerja kot ya... apa pun kalau office kat dapo jer, mana nak cutinya kan... dan kalau hari cuti ni la masa berkumpul semua dan tukang masak pun nak menjamu bermacam2 untuk keluarga kan... tapi kak rose ni tak de la rajin nak masak yang berbagai2 tu... sambal sadin pun cukupla kan...memang cepat dimasak dan sedap dimakan... dan pas makan boleh golek2 kat bantal... heaven gitu.
tapi kan... sadin yg dulunya sinonim dengan makanan orang kurang mampu kini dah jadi mahal... yalah rm8++ untuk 4 ketul ikan... ni la sambal sadin bergst!
nak wat camner kan, mahal pun kna bli klu tak mahu buat sendiri... stok untuk kalau2 dalam fridge dah tek de lauk nak dimasak... sadin yang mahal ni jugak jadi penyelamat.
2 comments:
lauk evergreen ni kak rose,kalau dpt sardine ni mmg kompem bertambah2 makan nasi..
Sardin cap ayam tu... pilihan no 1...dulu, kini dan selamanya!
Post a Comment