Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 20, 2016

Apam manja

 Asalamualaikum san selamat pagi... Salam Jumaat buat kawan2 semua dan semuga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah jua hendaknya... pagi2 ni kak rose nak tepek kuih apam manja yang kak rose buat beberapa hari lepas.... sebenarnya pagi tu lepas berbrisk walk kak rose duduk atas kerusi panas nano dan sambil tu belek2 fb... itu lah rutin pagi hari isnin hingga kamis kak rose... dan masa tu lah terpandangkan resepi kuih ni kat wall... petangnya terus lah membuat untuk juadah minum petang kami anak beranak...

kak rose buat satu setengah adunan ni dan untuk inti buat ikut sukatan tu, tapi sayang banyak berlebih lagi... itu pun kak rose dah isikan sampai kembung2 kuih manja ni... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya... dan terima kasih pada yang sharekan kat wall fb tu...

Bahan untuk kulit
 
1 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah & lipat, picit dan angkat. 

Bahan untuk inti

1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula (a bit too sweet bagi kak rose...)
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarna (kak rose omit ni... warna kuning daru tepung kastad tu pun dah cukup kuning)

Sedikit esen vanilla
cara:

satukan semua bahan tapis
dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard)

No comments: