orang tak rajin macam kak rose memang nak buat yang mudah2 saja kan... so kentang ni kak rose rebus sekejap dalam magic pan dan toskan... masukkan tepung serbaguna bestari dalam bekas bertutup, masuk kentang tadi dan goncangkan hingga semua bersalut... dan ready boleh goreng dah. sedap makan masa hangat2 ciciah dengan sos cili dan mayo.... selamat hidangan minum petang kami.
pernah jugak yang buat from stratch... yang ni pun sedap gak. tapi kalau tak rajin nak buat cam ner kan....
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
Cara-cara
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah
bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik.
Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut
dengan kentang.
Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi
satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.
No comments:
Post a Comment