tolo itik masak lomak cili api in the making, masa ni bendi tu tak masuk lagi... tunggu dah betul2 masak barulah kak rose masukkan bendi tu... so tak la lembik sangat nanti kan..
resepi dari ninie khuzaifah, kak rose tepek kat sini lagi ya....
bahan2
5 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa
bahan2 ditumbuk lumat:
10 biji cili api- kak rose guna 4 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnyacara memasak:
1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat
bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk
bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan
mendidih .
2.
Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam
periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk.
selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur
dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar
periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam
kan api dapur.
ikan masin penambah selera... kalau ada masak lomak, kak rose suka gandingkan dengan ikan masin... memang bertambah2 makan nasik!
for the dessert, betik yang sangat manis.....
No comments:
Post a Comment