Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 28, 2016

Tepung pelita

 bila rasa teringin sangat nak makan kuih tepung pelita ni, tapi selalu halangannya ialah tak ada stok santan fresh... memang kak rose tak kan buat kuih guna santan kotak yang pada kak rose rasanya tak kan sama kalau kita guna santan fresh kan... tapi tak tahulah pendapat kengkawan, cita rasa kita tak sama kan... so terpulang pada memasing punya citarasa lah. dan untuk nak buat tepung pelita ni kak rose beli kelapa parut dan perah sendiri... terlebih rajin kot?

resepi kuih tepung pelita, terima kasih Yani dari Myresipi yang kongsikan nya... kak rose buat separuh dari adunan ni, maklumlah untuk dua mulut jer... dapat 11 bekas mangkuk kecik2 ni. cukuplah untuk hilangkan kempunan tu.

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

9 comments:

Mama Hakim said...

Terima kasih atas resepi. Suka makan kuih ni panas panas. Sedap

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rajinnya kak rose
Saya beli ajer kat pasar SS6 shah alam tu..
Memmang beratur beli kat situ sebab sedap..

adda syuhada said...

fuhh..sedap ni.. terliur pulak tengok

PH said...

Setuju sangat pasal santan. Yang kotak bau dan rasa dia tak seharum dan sesedap santan fresh. Dan bergantung kepada jenama, ada yang bau dan rasa semacam aje. So untuk masak kari still ok, but for kueh lebih baik yang fresh.

Kak Rose said...

Sama2 Masniza, eh! tak pernah pulak makan masa panas2 tu, kna try nih.

Kak Rose said...

Yati, buat sendiri jer sbb mudah pun nak buatnya...

Kak Rose said...

Adda, jangan tergoda ya...

Kak Rose said...

PH, walaucamner pun kak rose still prefer yang fresh.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memnag rajin sgt. mesti sedap tu..