Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 13, 2016

Sweet pineapple cocktail

 Beli nenas semata nak buat minuman sejuk yang sungguh menyegarkan ni... pernag buat dulu dan dah tau kesedapannya bila minum sejuk2 dihari yang panas, maka tukang masak pun teringin nak buat lagi... buat sebiji beso, so resepi kat bawah tu kena pandai2 ejas la ya.... boleh minum berulang2 sampai puas... terima kasih Ros jintanmanis yang kongsikan resepinya... sambil ngadap pc pun boleh sambil menyuap ni..

Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
1. Potong nenas dalam bentuk kiub
2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.
3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.
4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco

1 comment:

Haniezafri Othman said...

nampak menyelerakan..salam perkenalan..