Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 22, 2016

Sagat ubi kayu

 buat peminat ubi kayu, ia bukanlah cuma makanan zaman jepun bak kata anak kak rose.. sifu masak2 yang kreatif ni telah pelbagaikan resepi ubi kayu untuk jadikan dia sesuatu yang nampak moden dan yang pasti enak untuk dinikmati... selalunya kalau kak rose cuma tahu ubi rebus, goreng dan yang paling suka ialah ubi ungkep tu... memang berkali2 buat pun tak jemu nak makan. tapi kali ni, ternampak resepi dari blog kakWan, tak sabar2 nak mencubanya.... dan kali ni nasib sangat baik sbb dapat ubi yang sangat lembut.... dan tersangatlah sedapnya... kalau dapat kelapa yang muda lagilah sedap kan.

terima kasih kak wan sebab kongsikan resepinya ya... mohon izin nak share kat dapo kak rose pulak ya.

Bahan-bahanya

500 gm ubi kayu, kupas dan cuci bersih
150gm/3 keping gula melaka racik halus
1 tsp garam
4 helai daun pandan - potong pendek
1/2 biji kelapa parut+garam dan kukus sebentar


cara-cara

1. ubi kayu disagat kasar dan perahkan airnya dan gaul dengan garam hingga rata.
2. bagikan kepada 2 bahagian ubi kayu dan gula melaka.
3. panaskan pengukus dan aturkan potongan daun pandan dalam loyang pengukus.
4. taburkan satu bahaguan ubi kayu diatasnya dan diikuti dengan gula melaka.
5. taburkan sebahagian lagi ubi dan gula tadi. dan letak daun pandan diatas taburan tadi.
6. kukus 25-30 minit atau hingga masak.
7. angkat dari kukusan dan gaul rata. hidang dengan taburan kelapa parut diatasnya.

3 comments:

Mazni Azmi said...

Ubi kayu banyak vitamin b17. Pengelak kanser. memang elok makan masa sihat. Dulu nenek moyang kita amalkan makan ubi kayu tak ada dengar sakit kanser ni

Kak Rose said...

Thanks for the info Mazni... memang suka ubi kayu daru dulu hingga kini... dan mintak2 dijauhkan dari penyakit berbahaya ni.

Phong Hong said...

Tabur extra kelapa parut, waduh! Best!