Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 18, 2016

Sagu gula melaka

 dessert pebret dihari yang panas membahang, makan sejuk2 sangatlah heavennya dan sepiring macam ni memang tak cukuplah kalau buat kak rose... bila dapat makan ni memang berketul2 sekali ngadap. dessert sagu gula melaka ni memang kesukaan kami sekeluarga. buat pun mudah jer, tu lagi yang kak rose suka nak buat dan makan... hihi

 resepinya.... kalau suka boleh letak kaler masa masak sagu tu, tp kak rose prefer yang original kaler cam ni.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan 
Cara-cara

  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

2 comments:

Phong Hong said...

Sedapnya! Satu mangkuk tak cukup :)

Mila@Rimbun said...

yumyum.. sedapnya... rasa mcm nak cari sagulah plak hihi