Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 27, 2016

Ubi ungkep

 Asalamualaikum dan salam pagi minggu buat kawan semua... sarapan apa agaknya pagi ni ya... pastinya ada menu yang istimewa buat sajian keluarga tersayang... buat kak rose ada ubi ungkep ni kira menu yang istimewa juga sebab memang jadi pebret kak rose masak ubi cam ni....menu orang zaman dulu2... walaupun cuma ubi kayu, tapi bukan mudah nak dapat ubi yang benar2 empuk dan fresh macam ni... kadang2 tu dapat yang keras kejung walau dah lama merebusnya... tapi kali ni Alhamdulillah, dapat makan ubi yang sangat empuk gebus, sepiring macam ni boleh habis makan sorang2... sambil menghadap pc sambil menyuap, tak sedar dah abesssss!

Bahan-bahan


  • 1 kg ubi - potong spt nak merebus dan bersihkan.
  • 4 sb ketumbar* - hana campur jintan tp lebihkan ketumbar
  • 3 biji bwg merah*Link
  • 3 ulas bwg putih*
  • segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
  • sedikit kunyit
  • garam secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  • Tumbuk bahan*.
  • Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
  • Masukan ubi dan gaul rata
  • Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
  • Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
  • Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
  • Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api

12 comments:

Mazni Azmi said...

Kak rose ni jawa ke. Keluarga mak mertua mazni jawa. Memang suke makan ungkep. Ayam ungkep. Tempe ungkep. Daging ungkep.
.
Mazni dah kahwin ni baru tahu makan ungkep. Sedap. Mak mertua masak sampai garing pecah minyak. Rwmpah dia jadi naik rasa.

Mazniza Mustapa said...

Pernah makan ungkep ni. 😉 Dulu tak tahu, panggil masak hijau. 😂

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ya Allah, sedapnya.. kalau kita dgn anak harus berebut laa.. haha

Phong Hong said...

Oh, caranya rebus. Tengok gambar ingatkan goreng deep fried. Nak try lah tapi tak tau boleh tak dapat beli ubi kayu.

Warisan Petani said...

Zaman dulu2 mak WP selalu buat ubi ungkep ni.
Bila kahwin dgn orang Melayu ni dh jarang2 buat.

Nooriah Abdullah said...

kaknoor pun selalu jugak buat tapi goreng lah kakrose
ini ungkep rebus lah pulak
lagi best ni tak berminyak
ubi adoooo tuuu
boleh lah buat nanti

Kak Rose said...

Mazni, jawa dan ungkep memang tak dapat dipisahkan....hihi

Kak Rose said...

Masniza, sama ke dengan masak hijau tu. tak tau pulak.

Kak Rose said...

SK, nasib baik kat rumah ni kak rose sorang je yg makan, tak perlu berebut2....hihi

Kak Rose said...

PH, menu sihat ni, tak perlukan minyak yg banyak tp ttp sedap.

Kak Rose said...

WP, ubi sinonim dengan orang dulu2 kan...

Kak Rose said...

Selamat mencuba ya Noor, menu orang V macam kak rose!