Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 7, 2016

Potluck dan makan makan....

 Menu kak rose untuk gader gader dan makan makan semasa hari bersama2 mengacau bubur asyura dua minggu lepas... pun nak jugak tepek kat sini, hihi... sebenarnya masa ni kak rose bermalam di resort di batu feringghi, tapi kawan2 kat kawasan perumahan nak buat kacau bubur asyura ni... so ayam ni kak rose beli dan potong siap2 masa kat resort tu... pagi tu balik terus proses defrost, garam kunyitkan dan perap sekejap sebelum digoreng.  dan sambil2 gotong royong tu sempatlah jugak sediakan menu ayam simple untuk lunch bersama kawan2 kat sini...

 kak rose beli fillet jer, untuk nak memudahkan kerja... 4 kilo fillet ayam dah siap digoreng untuk next proses..kalau ikut resepi CMG tu takyah goreng dulu... tapi kak rose prefer yang macam ni.. resepi CMG yang kak rose buat dulu boleh tengok kat sini ya

 tumiskan bahan2 yang di blend hingga garing dan wangi, masukkan kacang panjang dan bawang holland juga segala mak nenek perasa dan last sekali baru masukkan ayam, gaul sebati.... dah ready ayam fillet goreng kunyit simple ni..

 tiga bekas tupperware ni.... Alhamdulillah, semuanya habis.

 dan bermacam2 lauk yang dibawa oleh kawan2... kari ayam, ayam masak lemak ciliapi, daging goreng, lemak pucuk paku dengan keledek unggu, sambal dan ulam2 dan buah2an... kerabu pucuk paku+kerang tak dapat enter frame lak...

bubur asyura versi pantai timur yang hampir siap... terima kasih pada chef yang berasal dari kelantan. sangat terasa daging dan rempahnya. terima kasih sekali lagi...

2 comments:

Phong Hong said...

Seronok buat potluck boleh rasa macam-macam jenis makanan. Pada PH, kalau goreng ayam dulu, lagi sedap.

Nooriah Abdullah said...

banyaknya jenis makanan kakrose
mesti keliru nak pilih yang mana satu
hahaa