Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 17, 2016

Dinner kami..

 dinner kami untuk kesekian kalinya....eh! makan untuk breakfast pun ok jugak kan. creamy chicken soup n toast. memang suka dengan combi roti n creamy sup cam ni. tak lah heavy sangat untuk dinner kan... dan buatnya juga mudah, tak perlukan bahan yang banyak dah boleh siap hidangan untuk satu keluarga kecik macam kak rose ni... roti tu pun just sapu ngan butter n toast... kalau rajin boleh buat garlic spread, tapi kak rose ni oarng yang sangat tidak rajin, semuanya nak cepat jer siapnya, so butter will do lah!



resepi ceramy chicken soup yang sedap ni...

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
Cara2:


  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

2 comments:

mamawana said...

Assalam

Sedapnya sup tu...

Phong Hong said...

Saya suka dinner yang simple macam ni.