Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, November 14, 2016

Kuih cara manis

 kuih kegemaran anak, mak dan bapak jugak.... buat berkali2 pun memang tak jemu, sementelah buatnya pun mudah dengan bahan yang sangat minima, semuanya ada didapo kan... so kalau kengkawan tak de idea nak hidang apa untuk minum petang buat keluarga, boleh la buat kuih ni... mudah dan cepat jer boleh siap dan dinikmati... dan kalau nak sedap dan wangi kenalah guna hijau pandan yang asli dan santan fresh.  dan masa oleskan minyak pada acuan tu guna daun pandan yang disimpul... bertambah wangi kuih cara ni...

 
BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam
garam secukupnya
 
CARA MEMASAK :

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis. 

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

3 comments:

Haniezafri Othman said...

kuih ini memang sedap lembut je tak sangka senang jugak cara dia gat kan rumit sgt..hheheh thank for sharing resepi..

adda syuhada said...

Sdppp ni...

Phong Hong said...

Comelnya kuih cara tu.