Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 26, 2016

Chocolate chips famous amos cookies

 buat lagi dan lagi dan lagi...cookies sedap ni kak rose buat untuk makan2 bersama kawan2 kat penang yang akan kak rose tinggalkan for good hujung tahun nanti. walaupun masih ada masa berbaki sebulan lebih lagi, tapi rasanya lebih baik baik kalau buat makan2 ni awal2 lagi... sebab lepas tu boleh la stat berkemas apa yang patut untuk persediaan berpindah.... walaupun semua proses packing akan dibuat oleh pihak movers, tapi sebagai tuan punya barang rasanya  nak jugak kemaskan mana2 yang patutkan....semuga dipermudahkan urusan perpindahan kami nanti, Insya Allah.

resepi cookies yang dah banyak kali kak rose tepek... terima kasih pada kawan2 yang kongsikan resepinya...

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. jangan susun rapat2 kerana cookies ini akan mengembang semasa proses pembakaran...
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

4 comments:

Nooriah Abdullah said...

sedapnya kakrose buat jajan depan tv ni dan sambil ber blogging haha

Phong Hong said...

Best cookies ni. Sekali ngap, tak boleh berhenti. Aduh!

Mazniza Mustapa said...

Tak ada la banyak sangat bahan dia kan. Macam macam versi resepi ni kat internet

Mazni Azmi said...

Biskut famous amos ni cair dalam mulut. Sedap sangat 😍