Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 19, 2014

tak baik membazir....

 panas panas.... masih dalam oben antik kak rose!

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... aik???? tak baik membazir apa kah tu? sebenarnya tak baik membazir roti.... bila roti dah nak tamat riwayat dan tak de sapa nak makan gitu jer, mamanya pun mengolah roti untuk jadikan menu yang serasa sedap untuk dingap instead of nak buang  gitu jer kan.... tak baik membazir walaupun hanya dua keping roti jer pun...at least dapat jugak sediakan juadah untuk minum petang.... nak wat untuk sarapan pun ok gak..


 resepi ni guna hanya 2 keping jer roti tu, dan dapat ngam2 6 ketul dalam loyang silicon munger2 kak rose tu... cukuplah untuk kami tiga beranak sambil gebang2 minum kopi petang2.... resepinya kak rose kongsikan sekali lagi kat sini ya... untuk topping tu rasanya ikut jer la apa yang ade kat dapo, kita yang buat dia kan...yang ni kak rose tabur ngan mixed fruit jer....

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja) (kak rose guna dua2 biji tu)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun)
  • mangkuk muffin - disapu majerin (kak rose guna sm - x yah sapu butter dah!)

 minum petang bersama secawan nescafe....n kak rose punya nescafe o w/o gula.

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

3 comments:

fazianbatrisyia said...

yummyyy...suka sgt pudding roti

DYatie said...

Fuhhh. Menggoda sgt!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Boleh cuba ni kak rose.. ada juga roti yg dah expired ni...