Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 15, 2014

Salam Jumaat

salam Jumaat kepada semua dan peringatan untuk diri sendiri yang pastinya!

hari yang peruh barakah ni kak rose nak kongsikan satu artikel yang kak rose terima dari group whatsApp pagi tadi.... mmg ramai yang selalu menghantar kata2 dan berbagai nasihat melalui group chat ni, tapi yang ni sangat suka kak rose nak kongsikan kat sini...

Sejenak di 1/3 akhir malam Jumaat.

Dua belas golongan orang yang di doakan Malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci/berwuduk
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang2 yang berasa di saf barisan depan dalam solat berjamaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan kekosongan sebuah sof).
5. Para malaikat mengucapkan "Aamiin" ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatehah.
6. Orang yang duduk ditempat solatnya setelah selesai melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar berjamaah.
8. Orang yang mendokan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang infaqkan harta mereka.
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikkan kepada orang lain.

Semuga kita termasuk dalam golongan yang beruntung. Aamiin....terima kasih pada yang sudi kongsikan artikel ini untuk renungan kita bersama dan semuga mendapat menafaat darinya.

2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tq sharing kak rose :)

Kak Rose said...

Sama2 Yati...sharing is caring kan....