Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 11, 2014

Bila fridge sudah kosong....

kak rose masak ni pada jumaat lepas.... sejak lepas raya memang belum lagi g bli barang n lauk2 semua. jadi masak pun apa yang ade berbaki dalam fridge je la. lagi pun derang memang tak makan nasi bila malam2. so untuk lunch kak rose makan apa yang ade depan mata jer la... lagi pun dengan batuk dan selsema ni kak rose cuma makan mostly bubur yg ala2 mek d tu... belasah sekali dalam tu without any accessories dan bila petang2 cuma sediakan juadah simple dimple untuk minum petang aka dinner derang berdua... senang kerja mama kan...
 
lauk two in one ni kak rose masak untuk lunch haru jumaat ari tu, tu pun sbb  en suami balik lunch dirumah dan sembahyang Jumaat di sini. ni jer pun yang tinggal ada dalam fridge, memula tu pk nak masak apa la bila yang ade cuma ayam fillet n capsicum jer... rupanya masak yang sempoi2 cenggini lagi la sedap  dan berselera makan.

kak rose cuma garam kunyitkan ayam tu n goreng separuh masak. pas tu blendkan cili merah, bawang putih n merah n sedikit halia dan tumiskan hingga garing n pecah minyak barulah masuk capsicum dan ayam goreng tadi. masak sekejap, perasakan garamnya dan tadaaaa... dah siap. makan dengan nasi panas2  tapi kak rose tak makan pun sbb berminyak2 kan... buat sementara ni mmg jauhkan sangat2 segala menda yang berminyak2.... dekat dua minggu dah makan yang rebus2 jer.... boring sudah, tapi nak wat camner kan...kena bagi hilang batuk dulu baru boleh makan sedap2 dan jumpa doktor semula in two weeks time..harap2 everything will be just fine, Insya Allah.

8 comments:

Mummydearie said...

Yang simple tulah yang sedapkan, Kak Rose. Kalau saya bila tak tahu nak makan apa memang nasi putih+ikan bilis+telur goreng lah jawapannya.

Kak Rose said...

Mummydearie, kak rose pun suka sangat bilis goreng ngan cili hijau kicap tu tp sbb batuk, lupakan semua tu dulu....

Rosdi Eunos said...

Senang kan ..
lauk dan sayur sekali kan .. hehehe

mai has said...

kalau dah xde idea tu saya keluarkan segala bahan yang ada saya campurkan semua (asal jangan pelik sangat sudah lah)...hehehe...

Kak Rose said...

Rosdi Eunos... lauk 2 in one gitu!

Kak Rose said...

mai has, kita yang buat dia... ikut sedap selera kita la kan.

Mummy Dina said...

nampak cam simple tapi menarik..boleh cuba nanti ni..:)

Kak Rose said...

Mummy Dina, simple camni lah buat nasi bertambah2 kan?