Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 8, 2014

Boikot mek d?... kita buat sendiri jer!

 bubur nasi ala ala mek d tanpa dayang dan pengiring untuk orang batuk!

 Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari....hari ini heboh pasal nak boikot mek d tu kan, tapi pada yang nak makan beger dan bubur masih banyak pilihan lain yang ade, yang rasanya lebih berkualiti dari mek d tu punya kan.kalau tidak tak kan chef tersohor Jamie Oliver boleh menang kes dengan mek donal ni!  tapi apa pun pilihan ditangan memasing2... tepuk dada tanya selera! masak sendiri pun lagi bagus.... terjamin segalanya, kebersihannya, kehalalannya dan kesedapannya!


buat kak rose yang masih melayan batuk dan selsema, memang nak makan yang lembut2 jer dan yang penting tidak berminyak2.... so buatlah bubur ala ala mek d sendiri. rasa pastilah ikut selera sendiri, yang penting tiada msg n memang nak makan plain cam ni jer... no accessories, no dayang2 no pelakun tambahan! tapi kalau nak buat yg complete yang boleh la tengok resepi kat bawah ni....

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  
 dengan complete accsories
  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.
  •  

2 comments:

Gee® said...

Sedapnya bubur Mek Rose tu... nk cikit...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tengok bubur plain kak rose ni pun dah terliur ... Jom buat sendiri :)