Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 7, 2014

Pulut serawa durian

 pulut serawa yang kak rose buat dua hari lepas untuk juadah minum petang keluarga kecil kami... walaupun tinggal gambar jer nak jugak tepek kat sini. baki durian yang kak rose bawa balik dari kampung masa bulan puasa tu masih ada satu tupperware besar keras kejung dalam freezer dan bila teringat nak makan pulut terus lah buat serawa ni... memandangkan batuk yang masih ade berbaki, so kak rose x de la nak buat juadah yang bergoreng berminyak2...


 resepi kak rose amik dari blog CMG, mekasih ya Mat. kak rose kongskikan kat sini pulak...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum (kak rose omit yg ni... dah pekat dgn durian yg banyak)
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul
 
  satu periuk kuah serawa durian..... dari dapur terus ke meja!
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba

4 comments:

Bicara Kak Noor said...

teringinnya tengok serawa ni kak rose minta cikit nak rasa sesuduuuuuuuu je

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap kak rose ... lama tak makan serawa durian..

Mummydearie said...

Alahai kak, cutenya pulut bentuk love. Tak sampai hati nak makan kalau dihidangkan tapikan... nampak sedap!

inahar ali said...

SHRMZB wat kakrose sekeluarga ye!