Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, August 16, 2014

Daging dendeng

 daging dendeng... black is beautiful. sedap!

selalu tengok jer kawan2 buat daging dendeng ni, nak buatnya macam renyah sangat tu yang asik tertangguh2 jer walaupun tekak sangat nak merasa. kalau sorang2 memang tak berbalok nak buat sikit jer kan.... so bila balik kampung masa raya tu kami adik beradik gotong royong buat dading dendeng yang sangat di idamkan untuk juadah pagi raya... bila ramai2 tak lah terasa sangat bab nak menumbuk daging tu, kena kerah semua tenaga anak buah yang ade! baru la adil buat keja kan... semua kena amik part masa memasak ni...

 buat 1st batch sebanyak 5 kilo sekejap jer dah licin, dan pagi kedua raya tu sebelum balik ke kl kami sekali lagi bergotong royong buat another 5 kg daging. berpeluh2 dengan baju raya menumbuk dan menggoreng daging hinggalah siap sbb nak makan punya pasal dan dapat jugak kak rose tapau bawak balik...tapi bila sampai rumah terus down, makan daging dendeng yang sedap ni terperap dalam freezer dan pagi semalam barulah keluar dan panaskan....rezeki kawan2 pulak merasa bila kak rose kawankan dengan pulut untuk buah tangan majlis bacaan Al-Khafi.


terima kasih pada Ummi yang kongsikan resepi daging dendeng yang sedap ni.... anak asik nak meratah jer. Adoyai laaaa. mintak izin kak rose nak kongsikan kat sini lak ya, tapi kak rose buat x de letak daun pandan la pulak! kak rose buat banyak, so berganda2 lah bahannya dan yg ni sebagai panduannya. Tq Ummi. kalau tengok memang banyak versi resepi daging dendeng ni....

Bahan:-
  • 500 gm daging batang pinang
  • 2 cawan air
  • * 2 batang serai - diketuk
  • * 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • sedikit air (jika perlu)
  • 1 helai daun pandan - disimpul (kak rose x letak ni)
  • 1/2 cawan bawang goreng (guna yang ready made punya jer.... huhuhu)
  • minyak masak secukupnya
Bahan Kisar:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm halia

Cara Memasak:-
  1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
  2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  7. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
  8. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.
(*Note - penerangan cara2 di atas adalah lebih detail sebelum diedit oleh pihak majalah)

4 comments:

Mar Mansor said...

ish..sedapnye..
tp bab nak menumbuk daging tu rasa down pulok

Kak Rose said...

Mar Mansor, tu yang kena kerah semua tenaga baru boleh buat resepi ni.... kak rose la tu!

nasa mulia said...

Sedap daging dendeng, saya pun suka makan nie.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Buat dia memang renyah ye kak rose.. tapi sedap.. pernah makan, kakak ipar buat.. buat sendiri belum mampu hehehe ;)