Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, August 23, 2014

Puding roti bakar





bila tamak membeli roti macam ni la jadinya.... kena lah tanya cik google soh carikan resepi yang boleh transform roti jadi satu menu yang enak disantap...actually beli roti perisa pandan ni sbb tertarik dengan bau harum pandan tu, tp kak rose mmg x suka dengan perisa pandan yang teramat sangat rasanya...so bila jadikan puding ni hilanglah sket perisa pandan tu dan boleh lah dingap dengan nyamannya..

ni la dia rotinya.... daripada membazir eloklah jadikan menu untuk minum petang2 sambil gebang2...tak terasa sangat bau pandan tu... dah bertukar rasa pandan jadi serbuk kayu manis lak...

resepi kak rose amik kat sini, tapi kak rose dah derhakan dengan menggunakan roti yang kat atas tu... meh kak rose kongsikan resepi asalnya kat sini ya.... so kalau ade roti2 yang tak terhabeskan tu, janganlah dibuang2.... tak baik membazir apa lagi segalanya dah mahal sekarang ni kan.. ang ni kak rose makan cenggitu jer, kalau nak makan dengan sos kastad pun ok, boleh check kat link yang kak rose bagui tu ya...



Bahan-bahan

  1. 7-8 keping roti
  2. 2 biji telur*
  3. 500ml susu segar @ 2 cup*
  4. 4 sudu besar gula halus*
  5. 1 sudu teh esen vanilla*
  6. 1 sudu teh serbuk kayu manis*
  7. 2 sudu besar butter -cairkan
  8. 3 sudu besar kismis


Cara-cara
  1. Satukan semua bahan bertanda * dalam satu bekas.
  2. Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam bekas (1) biarkan roti terendam.
  3. Masukkan butter dan setengah kismis.
  4. Masukkan campuran ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  5. Tabur kismis di atas permukaan roti
  6. Bakar dengan suhu 180' selama 30 minit.

3 comments:

Bicara Kak Noor said...

adoii kakrose, lain kali beli roti jgn banyak sngt tk habis pos kat brunei tau haha, tapi kalau kreatif tak membazir jugak kan nyummm

mai has said...

wah...kalau pkai roti ni adalah rasa pandan2 kan?menarek!:-)

Mummy Dina said...

oo.baru tau rupanya boleh guna roti lain jugak..saya suka2..takde la membazirkan..tq Kak rose..:)