Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 28, 2014

Pes tom yam

bila ada kawan kongsikan camner nak buat pes tomyam ni, so eager lah kak rose nak mencuba... most of the bahan2 dah ade tapi cuma lengkuas jer yang kena g beli.... maka gigihlah g kekedai semata2 nak cari lengkuas hingga menjadilah pes tomyam ni. tak de la susah mana nak menyediakannya cuma kenalah ade bahan secukupnya...dah siap semua bolehlah guna untuk apa2 masakan tomyam...dijamin kebersihan dan kehalalannya kan. lama dah kak rose buat paste ni, tapi baru nak post kat sini....

 terima kasih pada kawan yang sudi kongsikan resepi pes tomyam ni, jom kita buat sendiri dan mintak izin kak rose kongsikan kat sini lak..

Bahan-bahannya:

2 biji bawang besar
4 biji cili merah
10 biji cili kering
2 inci lengkuas
4 batang serai
2 sudu udang kering
6 helai daun limau purut
2 inci belacan (dibakar) (kak rose gantikan dengan 2 kiub pati ikan bilis)
air asam jawa, gula & garam


Cara-caranya:

1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan.


 home made tom yam paste dah ready, kena cari resepi tom yam la pulak....

3 comments:

Bicara Kak Noor said...

wah kakrose pandai buat pes tomyam lah nanti nak copy resepi tunggu balik bunei nak buat sbb anak2 fav sngt tomyam

Kak Rose said...

Nor, kawan share resepi... apalagi mencuba lah kita...boleh masak macam2 nanti kan!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah kak rose dah buat ye... bila saya ada masa nak buat ni.. cari mode rajin kak rose ni :)