Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 17, 2014

Bila anak bawak balik kawan2....

 sayur campur2 semua taruh punya!

 salam hari minggu kawan2 semua.... masih sibuk dengan rumah terbuka hari raya agaknya. maklumlah minggu2 terakhir syawal ni, ade saja jemputan untuk rumah terbuka dan ade juga kenduri sana sini kan... tahun ni kak rose tak buat open house macam tiap2 tahun tu.... sbbnya diri sendiri pun asik flat jer, camner nak masak2 kan....tapi rumah sentiasa terbuka, belen2 kuih raya ade lagi.... nak yang special tu mmg tak terdaya nak menyediakan la. mintak maaf banyak2 ya.

 ikan jeket berposing dalam pemanggang ajaib.... kejap jer dah siap masak!

 malam tadi anak balik dari beropen house, dia ajak kawan2 yang datang dari jauh singgah n bermalam kat rumah, so tengahari mamanya masak untuk lunch anak2 bujang ni...tapi tak de la beria memasak, cuma sediakan apa yang termampu, sayur campur semua taruh, ikan jeket bakar bersambal kelapa dan ayam masak lemak cili api bersama kentang. gambo pun snap masa atas dapo jer...

seperiuk godang ayam masak lomak ciliapi nisemilan style.... lemak, pekat kaw kaw!

suka tengok bila derang berselera makan dengan lauk yang tak seberapa ni.... tapi mungkin agaknya sbb lapo, ya lah bangun pun dah menjelang tengahari.... skip bekpes tentulah lapo kan. lepas lunch derang ni bergerak ke rumah terbuka di bandar Tun hussien Onn, Cheras pulak... x habes2 dengan rumah terbukanya. raya sebulan, katanya!

3 comments:

Bicara Kak Noor said...

asalam kakrose, saya jugak nak bawak anak2 boleh tak haha nak rasa lomak kaw2 tu cam sedapppppppppp je

Kausar Amin said...

Salam kenal KkRos. Nak resepi masak lemak cili api tu bulih ke hihi

mai has said...

kak rose...kalau masak simple2 kampung pun dah sangat sedap dah...:-)