Asalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari. semuga kawan2 semua dalam keaddan sihat sejahtera dan didalam lindungan Nya sentiasa. hari Jumaat yang mulia ini dijadikan hari berkabung Malaysia sempena ketibaan jenazah pernerbangan MH17 yang malang....angkara siapa hanya Allah yang maha mengetahui. Al-Fatihah dan takziah untuk semua yang terkorban dengan cara yang begitu trajis....kami jemaah muslimah tadi pun sempat membacakan al-Fatihah selepas bacaan surah al-Khafi pagi tadi...
dan sambil menjamu selera yang disediakan oleh tuan rumah, sempat jugak
menonton live ketibaan penerbangan MH6129 yang membawa jenazah penumpang dan
anak kapal MH17. sayu sebak kita melihatnya, apa lagi keluarga mangsa yang telah menunggu sekian lama. semuga mereka semua diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
diberikan penghormatan terakhir
perjalanan terakhir.... semuga rohnya tenang disana dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman buat yang beragana Islam. Aamiin. dan RIP untuk yang bukan muslim.
No comments:
Post a Comment