Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 28, 2013

Hari ini dalam sejarah....

sawadikappppp......

 my kuali dengan dashboard bahasa thai.... poning palo nak mengupdate blog!

salam dari narathiwat,thailand

buat pertama kalinya bersiaran dari cybercafe.....kira hari ini dalam sejarah la ni sbb mmg x pernah pun masuk dalam cybercafe. jakun sangatkan. cuti2 mesia yang sangat membutakan...terputus dengan segala info....x pandai kecek siam. segala info berita n siaran tv pun dalam bahasa siam.cerita hindustan pun dalam bahasa siam taw. paper semua dalam tulisan yang bergulung2 tu.....adoyaiiiii....kampung sangatkan!

 

 key board dengan abjad siam.... sikit pun x leh masuk otak kak rose yg dah berkarat neh!


Friday, April 26, 2013

Bone screening test

 camni ler nak buat bone screening tu.... 
pinjam cik google nyer gambo

salam semua.... ni citer semalam sebelum bertolak balik kampung. g buat bone screening test,  nak tengok what is the result for my bone mineral density.... mmg dah agak dah mesti lower than the normal punya lah sbb mmg x suka minum susu dan faktor umur jugak la kan.... dah dekat nak senja ni penyerapan kalsium pun dah berkurang tambah lagi mmg dari dulu x suka minum susu. dan sekarang ni pun cuma minum susu omega, sehari sekali jer, tu pun banyak kali yg terlupanya... suppose nak kena amik at least 3 gelas sehari... nak buat camno kan...

and the result.... lower than -2.5. mmg dah ketogori osteoporosis lah ni.... reading yg sepatutnya....
 
  • +1 to -1 means your bones are considered normal
  • -1 to -2.5 means you have osteopenia, or low bone density
  • -2.5 or lower means you have osteoporosis
Each decrease by one point indicates bone loss of 10 to 15 percent.

so dengan beria berjanji pada diri sendiri... akan ambil susu 3 gelas sehari, rajinkan diri berbrisk walk dan ambil makanan yg sihat2 jer.... itu janji boleh percaya ker? sendri mau ingat la kan!


dan bli jugak supplement ni.... untuk tambah kalsium. jadi konpius pulak, sbb derang yg buat check-up ni kata amik supplement ni adalah lebih baik dari minum susu. tp penjual susu kata sebaliknya pulak. camner tu. marketing strategies? bisness mmg macam tu ker? tambah konpius otak kepala kak rose yg dah kekurangan kalsium ni! adeiiiii!!!!

Thursday, April 25, 2013

Menghabiskan leftover

 kes nak bercuti2 mesia.... actually bukan g cuti2 pun tapi balik kg rumah mil kat kelantan. plan mmg nak g seminggu tp cuti en asben kena bekukan pulak sbb GE13, jd terpaksa shorten the cuti. camner pun kenalah kurangkan isi dalam fridge. tapi yang sebenarnya malas nak masak pun ia jugak. jadi apa yang ada dalam fridge tu pun boleh la untuk mengenyangkan perut kan. ada orang mmg x makan masakan leftover ni kan, tp buat kak rose x kisah asalkan x rosak dan masih boleh dinikmati. just reheat n nikmati dengan nyaman. x yah nak cuci periok belanga bagai! senang keja kan. nasi beriani dengan acar buah yang sedap dan ayam masak merah pemberian jiran kak rose untuk lunch semalam. mekasih pada kak anim yang rajin masak sedap2.

stok buah yang banyak mmg x terabes la kan... tp x pe, simpan dalam tupperware mmg boleh tahan lama... balik nnti boleh sambung nikmatinya.

Wednesday, April 24, 2013

Bila roti nak tamat riwayat!

 jangan disia2kan roti yang dah nak tamat riwayatnya... x baik membazir kan, jadikan lah dia sesuatu yang boleh dingap asalkan x terbuang begitu saja. buat bingka roti pun enak gak, tp malas pulak nak membako bagai... so buat yang paling senang dan cepat.... puding roti mable ni.

 mekasih hana yang sharekan resepi ni... berkali2 dah buat dan berkali2 dah tepek kat sini. kalau nak gantikan cekelat dengan kaler2 pun ok gak... yg ni kak rose ikut jer resepi asal, marble cokelat. nyaman jer makan sejuk2...

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
separuh dari loyang tu zasssss kak rose hulur kat jiran

WW: grrrrrr

geram kan! kawan2 pernah kena cam ni?  last2 kena tuko sim!

Tuesday, April 23, 2013

Cek mek molek

 buat kuih untuk minum petang tadi... hujan2 ni asik nak lapo jer perut... buat banyak pun rasa x cukup lagi. sah2 mmg tangki beso kan... so pas ni nak kena kedapur lagi la.... resepi dari Makyong dan separuh dari adunan ni kak rose buat frozen cucur badak pulak. nnti2 kalau lapo lagi boleh goreng jer..


Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Roti sosej goreng yg hangus!

 ni la kalau x sabo buat keja.. nak cepat jer, goreng dengan api yang beso so boleh cepat2 ngadap komputer lagi.... dan sudahnya jadilah roti sosej goreng versi hangus gitu! mmg sungguh addicted to the computer! ya lah semua info ada kat situ...rajin membaca lah kononya... nak buat pilihan untuk GE13, walaupun hati mmg dah set, tp nak jugak tau what the other side of story mory kan....

resepi roti ni, amik dari sini. mekasih ya.

Bhn2:
4-6 keping roti
2-3 sosej (kak rose guna 1each for sekeping roti)
 - rebus dulu sosej2 smpai masak (kak rose goreng w/o minyak)
1-2biji telur, pukul dgn garpu bersama2 dgn sedikit garam (kak rose buh sket blackpepper)

rolling pin
sdikt myk/butter untuk menggoreng

Cara:
1. Ambil 1 roti, lenyekkan dgn rolling pin sampai leper. Buat abis semua roti.
2. Panaskan myk dlm non-stick frying pan dgn sedikit myk/butter.
3.Utk sekeping roti, letakkan 1 sosej then gulungkan. Pd hujungnya itu, lekatkn guna telur td. Boh sket je. Dh lekat sket then lumurkan roti dgn telur.
4. Goreng dlm kuali td dgn api kecil. Selalu roll-kan supaya serata roti masak. Siap.
dh boleh dh makan....:)

Sunday, April 21, 2013

bekpes pulut dihari minggu

 salam hari minggu pada yang masih sudi bertandang keruamh maya kak rose ni walaupun sajian mee hoon goreng kunyit tu dah lama basi... terima kasih banyak2 ya. hujung minggu cenggini tuan rumah sibuk dengan kenduri sana sini dan yg penting gantung piok la... semalam seharian meluangkan masa menghadiri 2 kenduri, jauh2 lak tu.... tp sbb dah ada undangan kena lah menhadir kan diri. balik pun dah menjelang senja, so rumah maya terbiar saja le jawapnya.  hari ni pulak sepagi berada di pusat service honda.... keta pun nak jugak kena belai n manja2 mengikut km readingnya, dan mmg service centre pun dah anta sms peringatan... kena lah ikut jadual servicenya tu. so sebelum pergi pagi tadi kami bekpes dulu dengan pulut dan sambal tumis ni...

bila kehabisan roti, mmg gelabah la pagi2 nak wat bekpes.... sllunya kedai mamak roti canai la jadi tumpuan, tp malam tadi encik asben godek2 fridge cari stok buah, jumpa pulak sepeket pulut dan katanya nak makan pulut dengan sambal tumis... so kak rose yg rajin ni gigih le pepagi mengukus pulut n buat sambal tumis udang kering ni. puas ati la dapat makan pulut ni dan tengahari pulak tapau jer nasik untuk lunch sbb dah lewat baru siap service keta tu... x daya la nak masak kan.... atau malas yg sebenarnya.

 ni baru balik g giant, bli kipas bodo2 ni nak gantikan kipas yang kat dapur tu... bila on kan jer lagu keroncong dia punyalah bising.... mmg nak kena tukar la tu kan. since ada offer, bli jer 2 sekali!

tukang bayo sedang gigih memasang kipas agar tukang masak x kepanasan bila di dapur!

Friday, April 19, 2013

Mee hoon goreng kunyit

resepi dari ika, mekasih ya....

1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) - (kak rose guna ayam je)
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal (letak tauhu)
  • 2 biji telur
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air

  •  Cara-cara
  • Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
    Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
    Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
    Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

    Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
    Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
    Masukkan semua sayuran & air sebentar.
    Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

    PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.)

Thursday, April 18, 2013

Lagi2 apam beras....

 
apam beras yang sedap, jadinya buat n makan berulang2 kali pun x per. kalau ada jer nasi berlebih, resepi apam ni lah yang 1st tertayang dalam pikiran... sudahnya berulang2 jugak nak tayang kat sini...

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Wednesday, April 17, 2013

WW: GE13

bangun! bangun!... nak ngundi dah ni!
(gamba pinjam dari cik google ya)

Tuesday, April 16, 2013

Nasi goreng baki petang semalam...

 x baik membazir kan.... so nasi goreng belen dinner petang semalam pun boleh je panaskan semula untuk lunch ari ni ... x nak membazir atau mmg malas nak masak?  ya lah kalau dah duk sorang2 nak masak beria bagai tapi x dak sapa nak makan pun x guna kan. nasi goreng bodo-bodo + timun jepun n tomato je pun boleh kenyang perut dah! x yah bersusah2... reheat nasi n potong ulam2 tu dah boleh ngap! ada orang x leh makan leftover kan? kak rose ni x kisah, semua boleh telan minus yg dah rosak la ya!

dan buah jugak x lupa....oranges, grapes n seedless guava. lupa pulak nak tabur asam serbuk tu masa nak amik gambo ni. tp masa makan cicah bukan main lg... kena amalkan makan buah dulu sebelum amik main meal.....tp sllu jer terlupa sbb dah biasa pas makan nasi baru makan buah. terbalik kot daaaaaa!

Monday, April 15, 2013

Bowtie pasta soup untuk lunch

 lunch yang simple dimple, asalkan perut kenyang... masak main belasah apa yang ada jer untuk buat sup ni untuk mengisi perut yang dah berlagu keroncong tp masih malas nak masak... so jerang air rebus pasta n buat sup ni...

 sendiri masak sendiri makan dan sendiri jugak kata sedap. Alhamdullilah kenyang sampai kepetang...

passionfruit juice yang sedap.... fresh from the garden kat rumah adik di seremban.

Sunday, April 14, 2013

JPO... cuci mata je!

 salam hujung minggu buat semua... balik dari JB kak rose singgah kat JPO yang femes ni.... tp punya la susah nak cari sbb x de signboard disepanjang perjalanan tu.... cuma nya bila dah hampir sangat dengan location nya barulah berderet2 signboard tu... maklumlah kak rose x de segala gps bagai, jadi main redah jer.  encik asben yg dah pernah sampai sini pun x pasti jalannya. jadi tawakal jer la, nasib baik jumpa tempat ni. adoyaiiiii!!! x friendly sungguh JPO ni buat orang cam kak rose ni kan... macam tau je, kak rose cuma nak cuci mata je bila sampai situ, tu pasal payah nak jumpa tempat tu!

 but redah n tawakal, akhirnya sampai jugaklah kat tempat ni....

 amik gambo dulu,... n pusing2 cuci mata..... kawasan yang cantik n bersih je. maklumlah tempat baru kan..

 tukang bayo sedang pilih jeans kat levis outlet store....

 tuan tanah pun yg dapat sehelai jeans....rm149/- murah sket dari yg bli kat langkawi...

 sebelum kuor dari situ baik g isi perut dulu.... Ipoh mee kari di JPO. sedap, boleh bagi 4 star gitu! portion pun sangat banyak. rm8.90/bowl

soto ayam yg rasanya lebih baik kak rose buat sendiri! hampeh sungguh, rencah cuma ada ayam, tauge n kacang goreng...sambal kicap pedas gila, boleh berasap telinga! rm8.90/bowl. sungguh x direkmen untuk makan lagi lain kali!

Saturday, April 13, 2013

Bendi goreng dengan ayam

 bendi goreng dengan ayam fillet. best!

ni sayur untuk lunch semalam... so dah abes la ya. tinggal gambo jer.
psssttt.... auto publish entry, kak rose ada kat JB now

Friday, April 12, 2013

Tempe goreng rangup


salam Jumaat penghulu hari yang mulia. kejap je dan nak tengahari.... apa la nak masak untuk lunch nnti ya... tempe goreng ni kak rose buat petang semalam untuk minum petang tp sudahnya sampai kemalam baru nak makan. entah apa yang disibukkan pun x tau la... tempe goreng cicah sambal kicap. nampak sangat kejawaannya kan..resepi dari hana, sedap sangat nduk. mekasih ya.

Bahan-bahan
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam cili padi- leh tambah cili merah utk kurangkan pedas
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap - hana gune jalen manis
Cara-cara
  1. Potong nipis tempe. Serongkan sedikit.
  2. Tumbuk bwg putih dan ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga macam batter nak goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, renjiskan sedikit adunan tepung.
  5. Celupkan tempe ke dalam adunan tepung. kemudian goreng hingga kekuningan.
  6. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Masukkan dlm mangkuk dan buh kicap. Cicah dengan tempe goreng tadi.

Thursday, April 11, 2013

Lipat pandan bersos durian

 menu minum petang semalam.... ada lebihan kuah durian untuk makan roti jala semalam, so kak rose buatlah kuih lipat ni pulak. sayang jugak kalau lebihan kuah tu terbiar je, sbb ada lebih banyak lagi. dapat idea ni dari dapur ibundo, mekasih ya. akhirnya habislah kuah durian kak rose tu. sedap lemak manis kuih lipat bersos durian ni. tp kak rose buat kulit dia nipis2 jer. kalau sapa2 nak buat kak rose kongsikan kat sini resepinya.mekasih ya ibundo.

Bahan:
1 cawan isi durian
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar halus.  Tuang ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.  Ketepikan.

 lipat pandan bersos durian in the making....

Bahan lempeng:
125 gm tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh ragi (mauripan atau yang sewaktu)
25 gm gula castor
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar majerin
1 1/2 sudu kecil pandan paste
1/4 sudu teh pewarna hijau

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blender halus.
Tuang bahan blender ke dalam mangkuk dan biarkan selama 1/2 jam.
Sediakan kuali leper tidak melekat yang berukuran lebih kurang 12 cm.
Sapu sedikit majerin. Tuang satu senduk sayur adunan ke dalam kuali. Masak sehingga permukaan kering dan berlubang-lubang. Gunakan api kecil sahaja.
  Ketika masih panas, sapukan permukaan lempeng dengan sos durian.  Lipat dua dan susun dalam pinggan.

satu adunan dapat 16 keping lempeng, sedap dinikmati bersama secawan nescafe o dikala hujan turun.... baca wassek kawan2 kl banjir kilat, shah alam cuma hujan renyai2 jer....

Wednesday, April 10, 2013

Tuesday, April 9, 2013

Roti jala kuah durian

 hari ini kak rose merajinkan diri bersauna muka kat dapo menjala roti.  sebenarnya ada durian yang kawan bagi, tp x terdaya nak ngabeskan kalau makan gitu jer, so mula lah mencari idea nak buat yang makan dengan kuah durian ni... nak buat pulut takut muak pulak, so yang paling afdal roti jala ni la... walaupun dengan paksa rela bersauna dulu....

 resepi roti jala n kuah durian ni kak rose amik dari blog cikmanggis, tp dia punya cantik kuning jer roti jalanya, yang ni kak rose buat tambah kaler merah pulak. mekasih ya dan kak rose mintak izin nak kongsikan kat sini lak...


Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing. (kak rose guna gula putih je)
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan.


Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning. (kak rose tambah kaler merah)
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati  kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila  masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.

 
jemput semua..... roti jala dengan kuah durian yang sangat nyum nyum, taruk kuah banyak2 lg sedap dan beribu2 kalori to be burnt esok.... rajin ker?

Puff sadin


lama sungguh x buat puff ni.... sadin dah bli berkali2 tp x terbuat jugak sampai kulit puff ni naik kejung dalam freezer. dan sebelum dia expired baik lah dijadikan menu untuk minum petang. bila dah siap laju jer nak ngapnya. maklumlah masa hangat2 tu makan mmg best sangat. rangup dan meresik jer kulit dia tu. kena buat sendiri baru boleh nikmati puff yang rangup ni, kak rose nak ajak pun tinggal bekas jer!

 resepi kak rose amik dari rumah CMG, dan pernah buat kat sini jugak. mekasih ya mat, kak rose cnp kat sini lak...

BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya

BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair 
 Sedikit serbuk lada hitam, jika suka

 sebelum kebakaran.... nak jugak posing kat sini.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2.  Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Monday, April 8, 2013

New toy in d house

 ni lah dia toy baru tu. orang laen dah jemu guna kak rose baru nak merasa...

esok2 entah apa lagi yang nak diblinya.... adoiiii. x abes2 dengan new gadget wahai encik somi! senang nak tengok resepi masa kat dapo katanya!