Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 23, 2013

Cek mek molek

 buat kuih untuk minum petang tadi... hujan2 ni asik nak lapo jer perut... buat banyak pun rasa x cukup lagi. sah2 mmg tangki beso kan... so pas ni nak kena kedapur lagi la.... resepi dari Makyong dan separuh dari adunan ni kak rose buat frozen cucur badak pulak. nnti2 kalau lapo lagi boleh goreng jer..


Bahan-bahan ( 12-13 biji )
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

1 comment:

norzila said...

oh pakai keledek ye..xpenah makan..kuih kelantan ni kan kak..