Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 1, 2013

Nasi goreng kampung in town

hari yang sangat rajin..... (nak jugak puji diri sendiri tu!) sampai tiga entry untuk hari ni.  masak nasi goreng kampung untuk dinner tadi pun nak jugak tayang kat sini.... yes! nasi goreng kampung yang glamer... in town dah sekarang. orang kampung pun x makan nasi goreng cenggini agaknya. nasi goreng kampung style kak rose yg sempoi.

bahan-bahan:
nasi putih ( 1 mangkuk)
ikan bilis yang digoreng
sedikit sos tiram
kangkung
garam
1 biji telor
minyak untuk menumis

bahan tumbuk
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api (ikut suka la nak pedas mana)
sedikit ikan bilis

cara-caranya:

1. tumis bawang merah yang ditumbuk bersama cili padi, bawang putih n ikan bilis sehingga naik bau.
2. kemudian, masukkan sos tiram dan kangkung. Tunggu sehingga layu.
3. masukkan nasi putih dan gaul rata. perasakan nasi dengan garam.
4. Pecahkan telur dan kacau.
5. akhir sekali, tabur ikan bilis dan kacau rata dan siap.
6. hias kan dengan timun jepun, tomato, bawang goreng n daun bawang

2 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum Kak Rose,
Sham baru je lepas minum petang.. tapi tengok nasi goreng kampung ni, lapar semula perut ni. Alahaiiii..

Delima Zamrud said...

Sedap nyer nasi goreng kampung akak Gee mau sepinggan boleh hehhe :)