Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 18, 2013

Lagi2 apam beras....

 
apam beras yang sedap, jadinya buat n makan berulang2 kali pun x per. kalau ada jer nasi berlebih, resepi apam ni lah yang 1st tertayang dalam pikiran... sudahnya berulang2 jugak nak tayang kat sini...

Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam 

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

13 comments:

aDisH.sHidA said...

comey..sedap apa beras nie dah cuba buat

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu kak rose.. anak sy alin suka sgt mkn apam..

sy pun ada lagi tempahan apam beras this weekend.. tp customer nak apam beras yg guna tepong beras dengan tapai nasi tu... baru je wat tapai nasi mlm td.. harap2 elok ler menjadi tapai tu.. hehe...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Nak cuba lah Kak Rose.... atau ada lagi tu boleh datang rumah hehehe :D

Gee® said...

Comelnya apam Kak Rose... nak ckit!

JaSSNaNi said...

kak rose suka tu.. tu asyik wat.. tak pun sebab senang sangat.. yg saya ni tak test2 wat lagi.. heheheh

tun_telani said...

cantik!! sweet je kombinasi warna tu.

Kak Rose said...

Shida, tu yg buat berulang2...

Kak Rose said...

Madiha, mesti sedap kalau guna tapai... Insya Allah akan jadi dengan eloknya

Kak Rose said...

Yatie, ada belen nasik jer apam ni yg asik terbayang2... sedap!

Kak Rose said...

Gee, abes dah la... tinggal bekas jer!

Kak Rose said...

Nanni, yg senang n sedap lak tu.

Kak Rose said...

tun, yg penting sedap kan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Apam keler-kaler... cantik tu..