lama sungguh x buat puff ni.... sadin dah bli berkali2 tp x terbuat jugak sampai kulit puff ni naik kejung dalam freezer. dan sebelum dia expired baik lah dijadikan menu untuk minum petang. bila dah siap laju jer nak ngapnya. maklumlah masa hangat2 tu makan mmg best sangat. rangup dan meresik jer kulit dia tu. kena buat sendiri baru boleh nikmati puff yang rangup ni, kak rose nak ajak pun tinggal bekas jer!
resepi kak rose amik dari rumah CMG, dan pernah buat kat sini jugak. mekasih ya mat, kak rose cnp kat sini lak...
BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair
1 biji limau kasturi, perah jusnya
BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka
sebelum kebakaran.... nak jugak posing kat sini.
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
- Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2. Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
- Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...
7 comments:
Nak 2 ketoi...
Gee, tinggal bekas jer, ada baki en. asben bawak bekal g opis dah!
Cantik dan kemas kejadiannya. Kulit tu tak perlu dicanai dulu ke. Atau ikut jer saiz pastri tu iaitu 1 pastri utk satu biji.
Azie, kak rose x canai pun, sebiji sekeping pastri.
puas makan kalau buat sendiri, isi inti banyak2... dasar tamak kan?
Assalamualaikum...Dahlah sedap senang plak nak membuatnya..Alahaiiii bil tengok sini terasa lama plak tak buatnya/..
dah lama gak nani tak buat puff sardin.. mmg sedap.. anak2 suka.. yg tak bestnye tang pastry nye tu kak.. bila makan sbb rangup kan.. abis jatuh pecah2 kat bibior..
Kak Rose, i dah buat, sedap. Tq
Post a Comment