Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, April 24, 2013

Bila roti nak tamat riwayat!

 jangan disia2kan roti yang dah nak tamat riwayatnya... x baik membazir kan, jadikan lah dia sesuatu yang boleh dingap asalkan x terbuang begitu saja. buat bingka roti pun enak gak, tp malas pulak nak membako bagai... so buat yang paling senang dan cepat.... puding roti mable ni.

 mekasih hana yang sharekan resepi ni... berkali2 dah buat dan berkali2 dah tepek kat sini. kalau nak gantikan cekelat dengan kaler2 pun ok gak... yg ni kak rose ikut jer resepi asal, marble cokelat. nyaman jer makan sejuk2...

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
separuh dari loyang tu zasssss kak rose hulur kat jiran

22 comments:

Bbwana adienia said...

bagus juga kalau dapat makan puding roti petang2 gini..lapar lak perut ni..

kayumaniskorner563 said...

sdp nyer puding roti, mkn2 sejuk2 lg sdp......

JaSSNaNi said...

betul tu kak rose, daripada roti di biar berkulat tu.. elok la di buat someting.. tak pun kasi jemur utk wat serbuk roti.. kan

Nur Aimiliyana said...

sedapnyerrrrrr.......follow akak. follow saya ae?

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum...cantik tul pusar2 ia.sama rata jeeeee

adda syuhada said...

Layan puding roti marble la plk kt sini..nampak sedappp..

Kasih Ibu said...

petang2 cam ni terliuq nengok puding roti kak rose...sedap sungguh..kat rumah ni pun ada juga stok roti yg dah nak xpired tapi serbk agar2 pla xda..hu..hu...

Ummiarissa Mahdi said...

oh bubuh roti ye...mudah rupanya bahan2nya..

Uncle Lee said...

Hello Kak Rose, wow! That is a beautiful cake! Too good to eat. I've never seen this cake before....looks more macham tu lima bintang classy restaurants.
Nice colours too.
I can practically imagine the wangi of the cake.
I thnk lima keping boleh juga, ha ha.
Have fun, Kak Rose.
Lee.

azieazah said...

Kak Rossssssss....! teringin!

Kak Rose said...

Bbwana, buat ler... senang je tu!

Kak Rose said...

kayumanis, nyaman jer makan sejuk2 kan...

Kak Rose said...

Nani, x baik membazir kan!

Kak Rose said...

Nur Amiliyana, Insya Allah

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Sue, kerja keras tangan kak rose.... bole le!

Kak Rose said...

Adda, jamu mata jer ya

Kak Rose said...

kasih ibu, boleh jugak buat bingka... apa2 saja asal x membazir kan.

Kak Rose said...

Ummiarrisa, mudahkan n sedap lak tu

Kak Rose said...

Uncle Lee, thanks for dropping by. bukan takat lima keping, Uncle Lee punya pasal kak rose boleh kasi satu loyang taw! he he he

happy weekend to u too

Kak Rose said...

Azie.... kalah orang mengidam ya?

Farraa....... said...

nampak sedap je Kak Rose....Nyam2...

Azie said...

Bagus sekali idea ini. Mengelakkan pembaziran